Kuasa Minda

Minda adalah aset yang penting dalam pembentukan "siapa diri kita?". Minda kita telah diasuh dari semenjak kita dilahirkan hinggalah sekarang. Adakah minda kita telah ditanam dengan unsur-unsur yang positif? Terdapat pelbagai faktor pembentukan minda yang sedar dan tanpa kita sedar. Contohnya dalam kehidupan harian adakah kita menggunakan sepenuhnya minda kita? Semasa menuruni anak tangga rumah atau pejabat, adakah minda kita sedar? Semasa memandu, semasa mandi, semasa mengemas rumah, semasa memasak, agak-agak berapa peratus minda anda berada dalam keadaan sedar?

Tentunya anda konpius.... minda sedar dan tanpa sedar... Cuba anda buat ujian ini ke atas beberapa orang. Anda maklumkan kepada yang diuji untuk menjawab soalan anda dengan cepat.

Langkah (1) : Minta yang diuji menyebut perkataan "BUSU" sebanyak 10 kali (sebutan x laju & x perlahan ye... sedang2 je...)
Langkah (2) : Setelah perkataan kali ke-10 berakhir, anda terus tanya tanpa berlengah kepada yang diuji "Lembu minum apa?"
Langkah (3) : Nantikan apakah jawapan yang diberi.

Jadi di sini anda sendiri boleh buat kesimpulan dari beberapa orang yang diuji. Menarik bukan? Cuba buat dulu k.... Ujikaji ini bagi mereka yang belum pernah diuji soalan ini ye....

Apakah yang rakan anda jawab?

No comments:

Post a Comment