Perancangan Takaful Yang SESUAI Untuk Diri Dan Keluarga

Setiap individu mempunyai perancangan kewangan yang berbeza kerana terdapat perbezaan dari segi budget, kemampuan, keperluan, keinginan dan kehendak. Sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan takaful perlulah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat yang tepat berhubung dengan kesesuaian takaful tersebut. Jangan ada takaful tetapi tidak memenuhi kehendak. Anda perlulah mengambil langkah yang bijak sebelum membuat sebarang keputusan. Ini adalah hak anda untuk mengetahui dengan jelas pelan yang diperlukan.

Anda perlu bertanya dengan diri dan cuba mencari jawapan. Adakah anda memikirkan amaun yang dilindungi mencukupi sekiranya ditimpa musibah? Adakah perlindungan tersebut benar-benar diperlukan? Apakah kepentingan takaful kepada diri dan keluarga? Kesan positif jangka masa pendek dan panjang? Adakah takaful ini merugikan atau menguntungkan?

Perancangan takaful diri dan keluarga adalah amat penting kerana kita telah menyediakan satu amaun perlindungan untuk diri dan keluarga. Contohnya si A baru sahaja mengambil takaful selama 3 bulan, dengan tidak disangka-sangka beliau menghadapi penyakit jantung kronik dan dengan adanya takaful telah mengurangkan beban rawatan pembedahan penyakit beliau di mana rawatan penyakit tersebut mencecah sehingga RM40K. Untuk mengumpul RM40K dalam masa yang singkat tentunya adalah mustahil. Rawatan penyakit kronik juga saban tahun semakin meningkat dan adalah lebih baik menyediakan payung sebelum hujan. Dengan perlindungan ini dapat mengurangkan beban diri dan keluarga. Sayangilah keluarga anda kerana mereka juga turut menyayangi anda. Perlindungan takaful sebenarnya adalah perlindungan demi kasih sayang keluarga. Musibah dapat dibendung dengan usaha dan ikhtiar, jangan terlewat sebelum terlambat.

Kadang kala ada klien yang menyerahkan bulat-bulat kepada wakil, ada juga yang inginkan nasihat yang tepat, ada juga yang tahu akan takaful dan terus membuat pilihan. Segala keputusan adalah terletak di atas tangan anda sendiri, wakil hanya memberikan nasihat berdasarkan keterangan-keterangan yang diminta untuk memberikan cadangan yang sesuai.

Terdapat pelbagai pelan di Takaful Ikhlas, sekiranya anda inginkan takaful yang sesuai sila pm saya untuk penyediaan pelan. Pelan Saving Takaful Ikhlas adalah istimewa kerana berbaloi dengan adanya tabungan simpanan. Bagaimanakah pelan ini memenuhi keperluan akan saya maklumkan berdasarkan pelan yang dirancang secara bersama.

Bagi mengetahui keperluan Takaful sila rujuk : Apa itu Takaful? di http://takaful-keluarga.blogspot.com

No comments:

Post a Comment