KITA TIDAK PUNYA APA-APA

Apa yang kita ada semua Allah punya... Jangan tamak dengan duniawi. Hidup di dunia ini ibarat sebutir pasir di padang pasir.

Dilahirkan tanpa apa2, dan mati nanti pun tidak ada apa yang boleh dibawa. Melainkan catatan amal kebaikan di dunia.

#muhasabahdiri

Tarikh Lahir

U olls percaya x pd tarikh lahir? Orang yang lahir tarikh sekian2 akan perwatakan sekian2... beremosi, pemarah, baik hati, penyayang, boleh jadi ketua, kepimpimpinan yg tinggi bla... bla..

Actually manusia ni boleh berubah-ubah dan boleh berubah dari x baik @ baik kpd lebih baik atau berubah dr baik kpd x baik. Nothing can change our behavior, itu PILIHAN kita.

Guide line tarikh lahir ni hanya menghadkan diri u olls... cthnya tarikh lahir sekian2 sesuai bekerja memberi perkhidmatan seperti nurse, askar etc... But this person can achieve more then that. Please don't limit our potential... we can do more and mayb over limit . Try to challenge ur self.

From the bottom of my heart...

MAHABBAH

Bila lihat org lain berjaya, rasa dengki. Bila lihat orang lain hebat, mengutuk. Memandang orang lain dengan pandangan menjatuhkan.

Susah nak memberi, kedekut ilmu, kedekut duit, kedekut senyuman dan sewaktu dengannya. Dalam hidup susah nak hulur bantuan pd orang lain, walaupun ia tidak menyusahkan pun... Lebih mementingkan diri sendiri yg tidak kena pd tempatnya. Buat sesuatu dengan rasa tidak i...khlas.

Jika ada rasa sebegitu, tanyalah hati. Adakah hati kita ni betul? Klu ada yg tidak betul, istighfarlah... Pulihkan demi hidup yg lebih tenang, jiwa yg tenteram, hati yg damai...

Mcm mana Allah nak memberi pd kita, klu hati tidak dijaga dengan sifat mahmudah iaitu sifat hati yang terpuji.

Bagi sy antara sifat hati yg utama yg perlu ada terlebih dahulu dalam hati ialah hati yg ada MAHABBAH. Hati yg ada kasih syg pd Allah, pd Rasul junjungan, pd sesama manusia dan makhluk Allah serta segala ciptaanNya. Just imagine semua manusia di muka bumi ini hidup dengan pandangan mahabbah .

BEBAS HUTANG

"BERSEDERHANA adalah lebih baik daripada KAYA tetapi dibebani hutang keliling pinggang. Kebebasan Kewangan adalah suatu NIKMAT di dalam hidup, tidak perlu memikirkan bebanan yang ditanggung. Berusahalah menghindari hutang dan melangsaikan hutang agar hidup lebih bahagia dan diberkati."  - Mutiara QadRini -

DANA PERLINDUNGAN TERSEDIA BERMULA DARI SUMBANGAN YANG PERTAMA



Plan Saving Takaful Ikhlas menyediakan perlindungan mengikut budget dan keperluan peserta, semakin tinggi sumbangan maka semakin tinggi nilai perlindungan. Tidak perlu merasa rugi dengan sumbangan yang dilakukan kerana anda sendiri telah menyediakan suatu DANA PERLINDUNGAN DIRI demi jaminan perlindungan dari risiko yang tidak dijangka, dengan plan ini juga anda telah memulakan suatu DANA SIMPANAN masa hadapan.

Contoh, si A seorang ahli perniagaan berjaya berusia 30 tahun mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak telah mengambil Plan Saving bagi melindungi hilang upaya kekal dan kematian bernilai RM100K, pada tahun ke enam beliau telah mengalami kemalangan yang tidak disangka dan menghadapi hilang upaya kekal. Pampasan sebanyak RM100K (DANA PERLINDUNGAN) + DANA SIMPANAN diserahkan pada beliau dan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kepada ahli keluarga untuk menjaga beliau.

Si A juga bernasib baik kerana telah menyediakan Pelan Saving & Pendidikan untuk isteri dan anak-anak beliau, polisi masih tetap berjalan bagi ahli keluarga kerana beliau telah mengambil manfaat tambahan iaitu manfaat pembayar di mana sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada beliau, polisi isteri dan anak-anak masih tetap berjalan dan beliau tidak perlu membuat sumbangan secara bulanan lagi.

Disamping itu, si A juga telah membuat simpanan secara konsisten di ASB semenjak berusia 22 tahun lagi. Dengan penyertaan Takaful duit simpanan di ASB beliau masih ada untuk saraan diri dan keluarga.

Selain itu, si A juga telah membuat perlaburan bagi mendapatkan passive income semenjak berusia 25 tahun dan dengan passive income tersebut dapat menyara diri dan keluarga beliau.

Daripada kisah di atas, bijaklah merancang masa depan demi diri & ahli keluarga tersayang, bagi seorang bapa anda adalah tulang belakang dan nyawa kepada isteri dan anak-anak. Musibah datang tanpa diduga, UTAMAKAN PERLINDUNGAN DIRI & AHLI KELUARGA TERLEBIH DAHULU.

Antara ILMU dengan HARTA... yang mana satu?

Sewaktu pemerintahan Sayyidina Ali, golongan Al-Khawarij telah cuba menjatuhkan Sayyidina Ali dari segi keilmuan. Maka kerana itu ada sepuluh orang pemimpin Khawarij telah bertemu dengan Sayyidina Ali. Sepuluh orang menanyakan satu soalan, mana lebih utama, ilmu atau harta? Kalau betul Sayyidina Ali orang yang bijak, mereka mengharapkan sepuluh jawapan yang berbeza.

Sayyidina Ali sememangnya seorang ahli ilmuan sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa “Rasul itu gedung ilmu dan Ali kuncinya”. Sayyidina Ali dengan spontan menjawab kepada sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan yang berbeza.

Mari kita renungkan bersama jawapan yang diberikan oleh Sayyidina Ali :-

Pertama; ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu itu merupakan waris pusaka para Anbia’ dan Rasul sedangkan harta adalah pusaka dari Qarun, Firaun dan lain-lain.

Tidak diturunkan satu syariat melainkan diturunkan dengan ilmu. Tiada syariat yang diturunkan Allah s.w.t. ke atas muka bumi ini suatu yang disuruh percaya melainkan ianya dapat dihuraikan oleh akal. Penghuraian akal itu ialah ilmu. Islam sendiri tidak menerima satu ibadat pun, satu amalan pun yang dilakukan oleh hamba melainkan dengan ilmu. Sembahyang tidak diterima melainkan ia mempunyai ilmu mengenai sembahyang.

Kedua; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya sedangkan harta perlu dipelihara oleh pemiliknya.

Ketiga; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedang harta memperbanyak musuh dan lawan.

Keempat; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu apabila dikeluarkan, semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan.

Kelima; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan kehormatan dan kemuliaan dalam masyarakat seperti guru, doktor, jurutera dan lain-lain.

Keenam; ilmu lebih utama daripada harta kerana ilmu tidak boleh dicuri sedangkan harta dapat dicuri.

Ketujuh; ilmu lebih utama daripada harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari kiamat akan mendapat syafaat dari ilmu yang dikembangkannya sedangkan orang-orang yang berharta akan dihisab dan diminta perhitungan dan pertanggungjawaban terhadap pemakaian harta tersebut, adakah dia membayar zakat harta tersebut.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Bila mati seseorang ada tiga perkara sahaja yang boleh menolongnya, pertama anak yang soleh yang mendoakannya, kedua harta yang diwakafkan dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan ketiga, ilmu yang diajarnya dimanfaat oleh orang lain.”

Sabda nabi Muhammad s.a.w.:’Belum sempat tegak berdiri di Padang Mahsyar, sudah disoal mudanya ke mana dihabiskan, ilmunya ke mana dipergunakan, hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan, hidupnya ke mana dihabiskan.”

Kelapan; ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah sedangkan harta pasti akan habis.

Kesembilan; ilmu membentuk pemikiran seseorang menjadi cerah dan hatinya terang benderang manakala harta lebih banyak membuat fikiran pemiliknya kacau bilau dan hatinya menjadi kesat. Ilmu membuka fikiran, dapat menilai dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Kesepuluh; ilmu yang mendatangkan manfaat merupakan pahala sedangkan harta lebih banyak menimbulkan saling sengketa, azab dan siksa.

Kita membuat sesuatu memenuhi keperluan manusia sudah menjadi fardhu kifayah. Harta mengundang persengketaan dunia hari ini, penjajahan ekonomi dunia dan sebagainya.

Jadi, itu kepentingan ilmu sebagaimana jawapan Sayyidina Ali kepada sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan berbeza.
--------------------------------------------------------------------------------------

Mutiara QadRini

Sebagai renungan "Bila kita kejar dunia, dunia akan lari. Tapi bila kita kejar akhirat dunia akan ikut"

Tidak salah membina harta tetapi biarlah harta tersebut mendapat keberkatan dariNya. Oleh itu, "Binalah harta dengan ilmu akhirat dengan niat kerana Allah S.W.T"

Kuasa Minda

Minda adalah aset yang penting dalam pembentukan "siapa diri kita?". Minda kita telah diasuh dari semenjak kita dilahirkan hinggalah sekarang. Adakah minda kita telah ditanam dengan unsur-unsur yang positif? Terdapat pelbagai faktor pembentukan minda yang sedar dan tanpa kita sedar. Contohnya dalam kehidupan harian adakah kita menggunakan sepenuhnya minda kita? Semasa menuruni anak tangga rumah atau pejabat, adakah minda kita sedar? Semasa memandu, semasa mandi, semasa mengemas rumah, semasa memasak, agak-agak berapa peratus minda anda berada dalam keadaan sedar?

Tentunya anda konpius.... minda sedar dan tanpa sedar... Cuba anda buat ujian ini ke atas beberapa orang. Anda maklumkan kepada yang diuji untuk menjawab soalan anda dengan cepat.

Langkah (1) : Minta yang diuji menyebut perkataan "BUSU" sebanyak 10 kali (sebutan x laju & x perlahan ye... sedang2 je...)
Langkah (2) : Setelah perkataan kali ke-10 berakhir, anda terus tanya tanpa berlengah kepada yang diuji "Lembu minum apa?"
Langkah (3) : Nantikan apakah jawapan yang diberi.

Jadi di sini anda sendiri boleh buat kesimpulan dari beberapa orang yang diuji. Menarik bukan? Cuba buat dulu k.... Ujikaji ini bagi mereka yang belum pernah diuji soalan ini ye....

Apakah yang rakan anda jawab?

Perancangan Takaful Yang SESUAI Untuk Diri Dan Keluarga

Setiap individu mempunyai perancangan kewangan yang berbeza kerana terdapat perbezaan dari segi budget, kemampuan, keperluan, keinginan dan kehendak. Sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan takaful perlulah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat yang tepat berhubung dengan kesesuaian takaful tersebut. Jangan ada takaful tetapi tidak memenuhi kehendak. Anda perlulah mengambil langkah yang bijak sebelum membuat sebarang keputusan. Ini adalah hak anda untuk mengetahui dengan jelas pelan yang diperlukan.

Anda perlu bertanya dengan diri dan cuba mencari jawapan. Adakah anda memikirkan amaun yang dilindungi mencukupi sekiranya ditimpa musibah? Adakah perlindungan tersebut benar-benar diperlukan? Apakah kepentingan takaful kepada diri dan keluarga? Kesan positif jangka masa pendek dan panjang? Adakah takaful ini merugikan atau menguntungkan?

Perancangan takaful diri dan keluarga adalah amat penting kerana kita telah menyediakan satu amaun perlindungan untuk diri dan keluarga. Contohnya si A baru sahaja mengambil takaful selama 3 bulan, dengan tidak disangka-sangka beliau menghadapi penyakit jantung kronik dan dengan adanya takaful telah mengurangkan beban rawatan pembedahan penyakit beliau di mana rawatan penyakit tersebut mencecah sehingga RM40K. Untuk mengumpul RM40K dalam masa yang singkat tentunya adalah mustahil. Rawatan penyakit kronik juga saban tahun semakin meningkat dan adalah lebih baik menyediakan payung sebelum hujan. Dengan perlindungan ini dapat mengurangkan beban diri dan keluarga. Sayangilah keluarga anda kerana mereka juga turut menyayangi anda. Perlindungan takaful sebenarnya adalah perlindungan demi kasih sayang keluarga. Musibah dapat dibendung dengan usaha dan ikhtiar, jangan terlewat sebelum terlambat.

Kadang kala ada klien yang menyerahkan bulat-bulat kepada wakil, ada juga yang inginkan nasihat yang tepat, ada juga yang tahu akan takaful dan terus membuat pilihan. Segala keputusan adalah terletak di atas tangan anda sendiri, wakil hanya memberikan nasihat berdasarkan keterangan-keterangan yang diminta untuk memberikan cadangan yang sesuai.

Terdapat pelbagai pelan di Takaful Ikhlas, sekiranya anda inginkan takaful yang sesuai sila pm saya untuk penyediaan pelan. Pelan Saving Takaful Ikhlas adalah istimewa kerana berbaloi dengan adanya tabungan simpanan. Bagaimanakah pelan ini memenuhi keperluan akan saya maklumkan berdasarkan pelan yang dirancang secara bersama.

Bagi mengetahui keperluan Takaful sila rujuk : Apa itu Takaful? di http://takaful-keluarga.blogspot.com

Bagaimana nak menyimpan dengan BIJAK??

Setiap hujung bulan tentu akan tersenyum bila periksa akaun bank ada $$$$. Seronoknya... tapi ada yang tidak seronok sebab hujung bulan terpaksa bayar hutang-hutang dan bil-bil yang datang seperti bil air, bil elektrik, bil astro, bil telefon, hutang kereta, kredit kad, sewa rumah belum lagi minyak kereta, tol dan lain-lain. Huhu.. memang tidak puas, dapat gaji tapi tak boleh nak enjoy. Kuasa membeli terpaksa ditangguhkan sebab tidak mencukupi sampai makan pun terpaksa bercatu.

Sebenarnya bagi mencapai kebebasan kewangan seseorang perlu berdisiplin dalam berbelanja. Belanjalah mengikut keperluan, kadangkala kita tidak membuat perancangan sewajarnya ketika keluar membeli. Contohnya belanja bahan mentah untuk keperluan di dapur, budget RM100 untuk seminggu tetapi bila selesai membeli belah nak bayar di kaunter terkezut... jadi RM300++, dah 'over budget'... bila tengah bulan melopong kekeringan. Amalkan menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli supaya kita tidak terlebih budget.

Kebebasan kewangan sebenarnya memerlukan kesabaran dan jangka masa pendek atau lama bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan kewangan, terutamanya bagi yang baru menjejak kaki ke alam pekerjaan. Bila dah bekerja banyak keperluan yang terpaksa ditanggung sendiri, jika sebelum ini segala tanggungan mak dan ayah yang bayarkan. Tibalah masa untuk berpijak di kaki sendiri dan menempuh hidup yang luar dari kebiasaan. Keperluan-keperluan asas seperti sewa rumah, kereta, makan dan minum serta kepentingan pada diri memang adalah tanggungan yang dikira wajib. Tetapi ingat... berbelanjalah mengikut margin kewangan diri sendiri dan ukurlah baju di badan sendiri. Sememangnya bagi memenuhi keperluan yang penting seperti kereta tidak dapat lari dari berhutang dan bijaklah memilih bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan belilah kereta mengikut nilai mampu beli dan bayar.

Luangkan sedikit masa untuk menganalisa kewangan diri dan bijak mengatur perbelanjaan. Setelah membuat perkiraan adakan peratus simpanan untuk diri sendiri setelah sebulan penat bekerja. Contohnya dapat gaji RM2000, disiplinkan mengambil 5% (RM100) bahagian untuk simpanan, bukan susah untuk menyimpan. Lebih peratus yang anda simpan maka akan meningkatlah simpanan pada masa hadapan. Pejam mata sahaja dah ada simpanan dan mulakan dari awal serta lakukan dengan konsisten. Simpanan ini adalah penting untuk kegunaan bila dah pencen dan tak larat lagi nak bekerja, untuk kegunaan kecemasan, untuk deposit pembelian rumah bila dah mampu untuk membeli dan sebagainya.

Bagaimana nak menyimpan dengan cara yang betul dan bijak? Amat mudah dilakukan.... Buatlah simpanan di takaful, bank-bank seperti di ASB atau di tabung haji yang menawarkan kadar dividen di mana duit yang kita simpan boleh beranak. Bila dah beranak jangan lupa menunaikan kewajipan berzakat supaya rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan.

Bagaimana nak dapatkan kelebihan dari simpanan yang kita lakukan?
Apakah institusi yang terbaik untuk menyimpan?
Antara simpan di takaful dan di ASB yang manakah yang terbaik?
Bagaimana nak menyimpan dan dalam masa yang sama mendapat nilai perlaburan yang tinggi?
Bagaimana menggunakan sebaik-baiknya kemudahan pengeluaran KWSP dengan bijak?

Segala jawapan bagi pertanyaan untuk anda ini dapat saya jawabkan agar lebih jelas. Sekiranya perlukan nasihat kewangan, saya akan berikan dengan PERCUMA dan anda sendiri akan memperolehi manfaat tersebut. The best way is "Don't put your eggs into one basket". Boleh YM, emel atau telefon saya k...

AYAT-AYAT POWER

TALENT ALONE DOESN'T GET YOU ANYWHERE
YOU HAVE TO WORK AT ACHIEVING YOUR GOALS
USING YOUR TALENT THAT'S THE KEY OF SUCCESS.

ALWAYS BE A FIRST-RATE VERSION OF YOUSELF,
INSTEAD OF SECOND-RATE VERSION OF SOMEBODY ELSE. (Judy Garland)

DO NOT WORRY ABOUT YOUR FAULTS,
FOR THEY WILL VANISH AND YOU WILL ACQUIRE NEW ONES.

IF YOU WANT TO BE INCREMENTALLY BETTER : BE COMPETITIVE.
IF YOU WANT TO BE EXPONENTIALLY BETTER : BE COOPERATIVE.

WHEN LIFE MAKES US FACE DIFFICULT SITUATIONS - SUCH AS A PERSONAL LOSS -
WE HAVE TO UNDERSTAND THAT ETERNITY IS TAKING ONE MORE STEP. (Paulo Coelho)

STUDY AS IF YOU HAVE NOT REACHED YOUR GOAL - HOLD IT AS IF YOU WERE AFRAID OF LOSING WHAT YOU HAVE. (Confucius)

NO ONE CAN WHISTLE SYMPHONY. IT TAKES A WHOLE ORCHESTRA TO PLAY IT. (H.E. Luccock)

SPACE WE CAN RECOVER; TIME NEVER. (Napoleon Bonarparte)

WHEN WEALTH IS LOST, NOTHING IS LOST;
WHEN HEALTH IS LOST, SOMETHING IS LOST;
WHEN CHARACTER IS LOST, ALL IS LOST.

HABIT IS THE DEATH OF VISION. (Earon Davis)

TRY NOT TO BECOME A MAN OF SUCCESS BUT A MAN OF VALUE. (Albert Einstein)

ACCEPT THE CHALLENGES SO THAT YOU CAN FEEL THE EXHILIRATION OF VICTORY. (George Patton)

AYAT-AYAT CINTA

Daripada Nu'man bin Basyir RA katanya : Rasullullah SAW bersabda : "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencitai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya merasa kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit". Riwayat Bukhari dan Muslim

Firman Allah : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus. Fussilat (8)

Daripada Abu Mas'ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya." Riwayat Muslim

Firman ALLAH : Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberpa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih serta Kami masukkan mereka ke tempat teduh yang sentiasa dinaungi. An-Nisaa (57)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda : " Sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya." Riwayat Bukhari

Daripada Said ibn Musayyab daripada Salman berkata : Rasullullah SAW hari terakhir bulan sya'ban telah menyampaikan khutbah kepada kami : "... Barang siapa yang memberi minuman (berbuka) kepada yang berpuasa, Allah akan memberinya minuman dari telaga (kausar) yang mana sekali sahaja minum tidak akan haus sampai ia masuk syurga dengan selamat. Riwayat Ibnu Khuzaimah

TIPS MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN ANDA

Sebelum membuat keputusan simpanan secara berterusan, terlebih dahulu perlu membuat analisis matlamat kewangan anda dari segi kaedah perlaburan yang bijak dan memenuhi kehendak.

Perlaburan secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Bagaimana menetapkan sasaran pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan dan beri keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan perlaburan.

Cuba kaji soalan-soalan di bawah:
  • Apakah objektif kewangan anda? Kenapakah perlu menyimpan dan melabur?
  • Berapakah jumlah wang yang perlu disimpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu
    dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
  • Berapa lama tempoh wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat tersebut?
  • Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?
  • Berapa banyak pulangan yang dijangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?
  • Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar
    gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.
Bagi menjawab soalan-soalan di atas, anda hendaklah bersikap realistik dan logik. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten.

Pastikan matlamat kewangan dan pelaburan anda adalah munasabah serta boleh dicapai.

Bagaimana menjadi MANUSIA HEBAT?

Manusia BERJAYA sentiasa mencari peluang untuk menambahkan kejayaan, ilmu, pahala dan ganjaran di akhirat. Manusia HEBAT sentiasa mencari peluang dan mencipta peluang. Manusia HEBAT sanggup berkorban masa dan tenaga. Manusia HEBAT adalah manusia yang BERANI untuk bertindak, BERANI untuk menanggung risiko, BERANI untuk mengeluarkan idea, BERANI untuk berhujah dan BERANI menegakkan kebenaran kata-kata. Manusia HEBAT sentiasa mempunyai sikap yang positif dan sentiasa muhasabah diri.

RENUNG SEKETIKA

HIDUP PENUH DENGAN KEMUNGKINAN. DALAM KESIBUKAN MENANGANI CABARAN KEHIDUPAN MODEN, KITA SERING MEMIKIRKAN "APA YANG MUNGKIN BERLAKU". KITA SEHARUSNYA MENUMPUKAN PADA "APA YANG PERLU DILAKUKAN".

"PLAN YOUR FUTURE FOR BETTER LIFE"

MENUJU PUNCAK

IF OTHERS DARE TO EMPLOY
YOU AND THINK YOU CAN
MAKE MONEY
FOR
THEM...
,
WHY DON’T YOU DARE TO
EMPLOY YOURSELF AND
MAKE MONEY FOR
YOURSELF...