Bagaimana nak menyimpan dengan BIJAK??

Setiap hujung bulan tentu akan tersenyum bila periksa akaun bank ada $$$$. Seronoknya... tapi ada yang tidak seronok sebab hujung bulan terpaksa bayar hutang-hutang dan bil-bil yang datang seperti bil air, bil elektrik, bil astro, bil telefon, hutang kereta, kredit kad, sewa rumah belum lagi minyak kereta, tol dan lain-lain. Huhu.. memang tidak puas, dapat gaji tapi tak boleh nak enjoy. Kuasa membeli terpaksa ditangguhkan sebab tidak mencukupi sampai makan pun terpaksa bercatu.

Sebenarnya bagi mencapai kebebasan kewangan seseorang perlu berdisiplin dalam berbelanja. Belanjalah mengikut keperluan, kadangkala kita tidak membuat perancangan sewajarnya ketika keluar membeli. Contohnya belanja bahan mentah untuk keperluan di dapur, budget RM100 untuk seminggu tetapi bila selesai membeli belah nak bayar di kaunter terkezut... jadi RM300++, dah 'over budget'... bila tengah bulan melopong kekeringan. Amalkan menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli supaya kita tidak terlebih budget.

Kebebasan kewangan sebenarnya memerlukan kesabaran dan jangka masa pendek atau lama bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan kewangan, terutamanya bagi yang baru menjejak kaki ke alam pekerjaan. Bila dah bekerja banyak keperluan yang terpaksa ditanggung sendiri, jika sebelum ini segala tanggungan mak dan ayah yang bayarkan. Tibalah masa untuk berpijak di kaki sendiri dan menempuh hidup yang luar dari kebiasaan. Keperluan-keperluan asas seperti sewa rumah, kereta, makan dan minum serta kepentingan pada diri memang adalah tanggungan yang dikira wajib. Tetapi ingat... berbelanjalah mengikut margin kewangan diri sendiri dan ukurlah baju di badan sendiri. Sememangnya bagi memenuhi keperluan yang penting seperti kereta tidak dapat lari dari berhutang dan bijaklah memilih bank yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan belilah kereta mengikut nilai mampu beli dan bayar.

Luangkan sedikit masa untuk menganalisa kewangan diri dan bijak mengatur perbelanjaan. Setelah membuat perkiraan adakan peratus simpanan untuk diri sendiri setelah sebulan penat bekerja. Contohnya dapat gaji RM2000, disiplinkan mengambil 5% (RM100) bahagian untuk simpanan, bukan susah untuk menyimpan. Lebih peratus yang anda simpan maka akan meningkatlah simpanan pada masa hadapan. Pejam mata sahaja dah ada simpanan dan mulakan dari awal serta lakukan dengan konsisten. Simpanan ini adalah penting untuk kegunaan bila dah pencen dan tak larat lagi nak bekerja, untuk kegunaan kecemasan, untuk deposit pembelian rumah bila dah mampu untuk membeli dan sebagainya.

Bagaimana nak menyimpan dengan cara yang betul dan bijak? Amat mudah dilakukan.... Buatlah simpanan di takaful, bank-bank seperti di ASB atau di tabung haji yang menawarkan kadar dividen di mana duit yang kita simpan boleh beranak. Bila dah beranak jangan lupa menunaikan kewajipan berzakat supaya rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan.

Bagaimana nak dapatkan kelebihan dari simpanan yang kita lakukan?
Apakah institusi yang terbaik untuk menyimpan?
Antara simpan di takaful dan di ASB yang manakah yang terbaik?
Bagaimana nak menyimpan dan dalam masa yang sama mendapat nilai perlaburan yang tinggi?
Bagaimana menggunakan sebaik-baiknya kemudahan pengeluaran KWSP dengan bijak?

Segala jawapan bagi pertanyaan untuk anda ini dapat saya jawabkan agar lebih jelas. Sekiranya perlukan nasihat kewangan, saya akan berikan dengan PERCUMA dan anda sendiri akan memperolehi manfaat tersebut. The best way is "Don't put your eggs into one basket". Boleh YM, emel atau telefon saya k...

No comments:

Post a Comment