TIPS MENCAPAI MATLAMAT KEWANGAN ANDA

Sebelum membuat keputusan simpanan secara berterusan, terlebih dahulu perlu membuat analisis matlamat kewangan anda dari segi kaedah perlaburan yang bijak dan memenuhi kehendak.

Perlaburan secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Bagaimana menetapkan sasaran pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda?

Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan dan beri keutamaan sebelum membuat sebarang keputusan perlaburan.

Cuba kaji soalan-soalan di bawah:
  • Apakah objektif kewangan anda? Kenapakah perlu menyimpan dan melabur?
  • Berapakah jumlah wang yang perlu disimpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu
    dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?
  • Berapa lama tempoh wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat tersebut?
  • Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?
  • Berapa banyak pulangan yang dijangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?
  • Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar
    gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.
Bagi menjawab soalan-soalan di atas, anda hendaklah bersikap realistik dan logik. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten.

Pastikan matlamat kewangan dan pelaburan anda adalah munasabah serta boleh dicapai.

No comments:

Post a Comment